Assalamualaikum...kepada semua.Semoga apa apa sahaja paparan di dalam blog ini akan dapat memberikan manfaat dan dijadikan sebagai sumber perkongsian ilmu.Mungkin dengan cara menulis blog ini akan mendorong saya supaya membudayakan amalan membaca.Seterusnya dapat mendidik diri supaya lebih cintakan ilmu.Tambahan pula sebagai pendidik khususnya sebagai ustazah,al maklumlah kadang-kadang terasa kerdil juga diri ini dengan ilmu yang sedikit.Harapan saya,dengan coretan blog ini dapat memberikan kebaikan dan faedah baik pada diri saya dan semua yang mengunjungi blog ini.

Saturday, January 23, 2010

Otak @ akal dan hubungannya dengan FITRAH beragama

Kesempurnaan kejadian manusia adalah terletak oleh akalnya.Melalui kurniaan akal inilah yang dapat membezakan manusia daripada makhluk Allah yang lain khasnya haiwan.Kesan pertimbangan akal yang baik akan mempengaruhi tindakan manusia kepada perkara yang baik dan nilai-nilai yang murni.Inilah antara keistimewaan akal kurniaan Allah s.w.t.

Menurut fakta sains,akal atau otak manusia mengandungi 100 billion sel saraf & trillion fiber yang saling berhubungan dipanggil sinepsis.Ia juga boleh menyimpan 100 ribu fakta dalam satu masa dan berjuta billion fakta dalam sepanjang hayat.Menurut pakar Neorobiologi Parsinger & Ramachandran dr University of California,San Diego telah menemui ....otak manusia terdapat kawasan yang bertindakbalas terhadap rangsangan spiritual yang dikenali GOD SPORT atau Modul Tuhan.

Menurut kajian saintifik mereka,adanya perkaitan asas agama dan tuhan.Kajian ini dilakukan terhadap pesakit epilepsi dengan menggunakan perlatan moden iaitu EEG,FMR 1 & Pret Scan telah menunjukkan bahagian Spesifik temporal lobe telah mengembang secara tiba-tiba apabila perkara tentang tuhan diperkatakan & telah mempamerkan tindakbalas serta rangsangan.GOD SPORT dalam temporal lobe bertindakbalas sebagai antena membolehkan manusia mencari perkara tentang tuhan.

Berdasarkan fakta sains di atas, membuktikan bahawa benarlah naluri beragama merupakan suatu fitrah dan telah sedia tertanam dalam diri setiap manusia sejak azali lagi.Hal ini juga mengingatkan kita bagaimana Allah telah menciptakan asal usul kejadian manusia serta segala qada' dan qadar,tentang tiupan roh,janji-janji yang telah diamanahkan Allah di peringkat azali.Tetapi apabila seseorang bayi itu lahir ke dunia titipan janji-janji itu telah tercemar dengan kepelbagaian pancaroba dunia.Hingga manusia hidup dalam kelalaian.Ini telah disebut dalam al-quran bahawa anak yang lahir itu ibarat kain yang putih dan yang mencorakkannya menjadi yahudi atau nasrani ialah ibu bapa sendiri.

Dalam konteks ini,kita menyedari bahawa selagi kita hidup di dunia agama adalah tunjang segalanya.Realitinya apabila melakukan perbuatan yang melanggar batasan akal dan norma sudah tentunya tiada ketenangan di dalam hatinya kecuali mencari dan mengenal tuhannya.Betapa ramai manusia telah mencapai kejayaan atau kekayaan dalam hidupnya tetapi masih merasa kekosongan dalam hidupnya. Mereka tercari-cari jalan itu dan kadang-kadang terus membawa mereka kepada jalan yang menyimpang dan sesat.Namun jika f itrah beragama ini telah dipenuhi dalam akal mereka ,maka mereka telah mencapai kesempurnaan dalam dirinya.

Oleh sebab itu,dalam menangani kes-kes yang melibatkan pesakit-pesakit kronik,penjenayah,penagih dadah atau lain-lainnya dengan menerapkan amalan kerohanian dan melorongkan hatinya mengenal Allah akan menimbulkan rangsangan serta tindakbalas yang positif.Yang pasti ianya memberikan rangsangan spiritual terhadap dalaman individu tersebut.

Sesungguhnya akal dengan bimbingan fitrah beragama ini yang mendidik manusia menjadi manusia yang beriman.Akal yang bijaksana sahaja tidak mencukupi syarat untuk menjadi manusia sempurna.Banyak kes-kes jenayah & moral yang terjadi melibatkan golongan yang berpendidikan tinggi.Ini menunjukkan akal manusia yang dihiasi dengan agama dapat membimbing manusia ke arah hidup yang diredhai Allah.Wassalam.

No comments:

Post a Comment