Tuesday, March 27, 2012
Sunday, January 24, 2010
Mengenali SYAITAN atau IBLIS
Kalimah syaitan berasal dari kalimah arab Syatana yang bermaksud "jauh dari kebenaran dan rahmat Allah'.Syaitan merupakan makhluk yang telah dilaknat Allah dan semenjak itu ia adalah musuh utama bagi manusia.Syaitan tidak akan jemu,bosan atau putus asa bagi menyesatkan manusia hingga ke akhir zaman dengan menggunakan pelbagai taktik dan strategi yang halus tanpa disedari manusia.Hal ini dijelaskan dalam surah An-nisa:119.
Makhluk syaitan adalah keturunan iblis dan mereka tidak akan mati melainkan bersama-sama dengan iblis(ketika berlaku hari kiamat)dalam kitab Makaidu as-syaitan oleh Taha Abdullah Afifi.Sebenarnya iblis sudah wujud sebelum Allah menjadikan nabi Adam a.s.Pada masa itu,iblis merupakan makhluk Allah yang sangat taat kepada Allah disamping dikurniakan oleh Allah ilmu yang tinggi.Iblis ini digelar Azazil.Azazil mempunyai wajah yang indah dan bercahaya-cahaya.
Selepas Allah menciptakan nabi Adam a.s.Allah telah memerintahkan Azazil dan para malaikat sujud kepada nabi Adam a.s bagi menghormati ciptaannya yang mulia.Namun Azazil enggan menurut perintah dan enggan bersujud.Azazil merasakan dirinya lebih hebat dan lebih mulia dari nabi adam a.s kerana dirinya dijadikan daripada api sedangkan nabi Adam a.s dijadikan daripada tanah.
Lantaran kesombongan Azazil terhadap nabi Adam,Allah sangat marah kepadanya.Lalu Allah telah menghalaunya keluar dari syurga dan mengubahkan mukanya kepada rupa yang sangat buruk,hodoh lagi menakutkan.Sejak itu Azazil telah digelar sebagai iblis yang membawa maksud suka memberontak atau derhaka.
Selain itu,iblis juga membuat permintaan kepada Allah agar memanjangkan umurnya sehingga hari kiamat demi menyesatkan seluruh manusia mengikut jejaknya.Ini dapat dijelaskan dalam surah As-Sad:79.Lalu Allah mengizinkannya.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah,iblis telah berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan iaitu:
1.Tsabar- Tugasnya menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu sanggup menyalahkan Allah.
2.Dasim - Tugasnya menimbulkan cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai berai.
3.Al-A'war-Tugasnya menghasut manusia berzina.cth; mendorong wanita berpakaian seksi seterusnya mengajak pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga membawa kepada zina.
4.Miswath- Tugasnya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia.Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.
5.Zaknabur-Tugasnya menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia yang berada di pasar atau pusat membeli belah.Kesannya ramai yang menghabiskan masa di sana tanpa tujuan,berdating dan sebagainya.
Selain itu, dalam diri setiap manusia juga mempunyai pendamping dikalangan jin atau syaitan yang dipanggil qarin yang bermaksud teman.Sifat Qarin ini mempunyai fizikal dan perangai seperti manusia.Ianya akan menjadi peneman manusia khususnya apabila berpaling daripada ajaran Allah.Ini disebut dalam surah az-Zukruf:36.Peranan qarin inilah yang sentiasa mencuri peluang bagi menghasut manusia ke arah jalan kebatilan dan lalai kepada Allah.
Ringkasnya,apabila membincangkan tentang iblis dan syaitan ini,setiap manusia akan diperdaya oleh syaitan tanpa mengira siapa,baik yang kecil mahupun orang dewasa, miskin atau kaya,yang jahil mahupun cerdik pandai hatta orang yang alim ulama pun tidak terlepas dari godaan iblis dan syaitan laknatullah. Iblis cuba menghasut dan m emperdaya manusia dengan pelbagai taktik dan strategi yang sangat halus tanpa disedari oleh seseorang individu itu sendiri.Hingga apabila mereka tersedar mereka telah jauh tersesat dari jalan Allah.Lebih malang lagi ada yang tersesat dan ajal datang menjemput sebelum sempat bertaubat.....naa'uzubillah.

Saturday, January 23, 2010
Otak @ akal dan hubungannya dengan FITRAH beragama
Kesempurnaan kejadian manusia adalah terletak oleh akalnya.Melalui kurniaan akal inilah yang dapat membezakan manusia daripada makhluk Allah yang lain khasnya haiwan.Kesan pertimbangan akal yang baik akan mempengaruhi tindakan manusia kepada perkara yang baik dan nilai-nilai yang murni.Inilah antara keistimewaan akal kurniaan Allah s.w.t.
Menurut fakta sains,akal atau otak manusia mengandungi 100 billion sel saraf & trillion fiber yang saling berhubungan dipanggil sinepsis.Ia juga boleh menyimpan 100 ribu fakta dalam satu masa dan berjuta billion fakta dalam sepanjang hayat.Menurut pakar Neorobiologi Parsinger & Ramachandran dr University of California,San Diego telah menemui ....otak manusia terdapat kawasan yang bertindakbalas terhadap rangsangan spiritual yang dikenali GOD SPORT atau Modul Tuhan.
Menurut kajian saintifik mereka,adanya perkaitan asas agama dan tuhan.Kajian ini dilakukan terhadap pesakit epilepsi dengan menggunakan perlatan moden iaitu EEG,FMR 1 & Pret Scan telah menunjukkan bahagian Spesifik temporal lobe telah mengembang secara tiba-tiba apabila perkara tentang tuhan diperkatakan & telah mempamerkan tindakbalas serta rangsangan.GOD SPORT dalam temporal lobe bertindakbalas sebagai antena membolehkan manusia mencari perkara tentang tuhan.
Berdasarkan fakta sains di atas, membuktikan bahawa benarlah naluri beragama merupakan suatu fitrah dan telah sedia tertanam dalam diri setiap manusia sejak azali lagi.Hal ini juga mengingatkan kita bagaimana Allah telah menciptakan asal usul kejadian manusia serta segala qada' dan qadar,tentang tiupan roh,janji-janji yang telah diamanahkan Allah di peringkat azali.Tetapi apabila seseorang bayi itu lahir ke dunia titipan janji-janji itu telah tercemar dengan kepelbagaian pancaroba dunia.Hingga manusia hidup dalam kelalaian.Ini telah disebut dalam al-quran bahawa anak yang lahir itu ibarat kain yang putih dan yang mencorakkannya menjadi yahudi atau nasrani ialah ibu bapa sendiri.
Dalam konteks ini,kita menyedari bahawa selagi kita hidup di dunia agama adalah tunjang segalanya.Realitinya apabila melakukan perbuatan yang melanggar batasan akal dan norma sudah tentunya tiada ketenangan di dalam hatinya kecuali mencari dan mengenal tuhannya.Betapa ramai manusia telah mencapai kejayaan atau kekayaan dalam hidupnya tetapi masih merasa kekosongan dalam hidupnya. Mereka tercari-cari jalan itu dan kadang-kadang terus membawa mereka kepada jalan yang menyimpang dan sesat.Namun jika f itrah beragama ini telah dipenuhi dalam akal mereka ,maka mereka telah mencapai kesempurnaan dalam dirinya.
Oleh sebab itu,dalam menangani kes-kes yang melibatkan pesakit-pesakit kronik,penjenayah,penagih dadah atau lain-lainnya dengan menerapkan amalan kerohanian dan melorongkan hatinya mengenal Allah akan menimbulkan rangsangan serta tindakbalas yang positif.Yang pasti ianya memberikan rangsangan spiritual terhadap dalaman individu tersebut.
Sesungguhnya akal dengan bimbingan fitrah beragama ini yang mendidik manusia menjadi manusia yang beriman.Akal yang bijaksana sahaja tidak mencukupi syarat untuk menjadi manusia sempurna.Banyak kes-kes jenayah & moral yang terjadi melibatkan golongan yang berpendidikan tinggi.Ini menunjukkan akal manusia yang dihiasi dengan agama dapat membimbing manusia ke arah hidup yang diredhai Allah.Wassalam.

Friday, January 22, 2010
Al-Quran sebagai mukjizat yang teragung
Al-quran merupakan warisan nabi Muhammad s.a.w kepada semua umat islam di atas muka bumi ini.Setiap umat islam wajib beriman, meyakini segala isi kandungannya dan mengamalkannya.Keistimewaan al-quran tiada tolok bandingannya kerana ianya suatu mukjizat dari Allah.Bukan cetusan nabi Muhammad seperti dakwaan musuh-musuh islam.
Kemukjizatan al-quran dapat dibuktikan melalui sifatnya yang boleh melemahkan sesuatu.Kehebatan ayat-ayat al-quran telah menundukkan kebongkakkan orang-orang jahiliah dahulu yang terlalu taksub dengan nukilan syair-syair mereka.Mereka telah mencuba meniru gaya bahasa ayat-ayat al-quran namun ianya tidak berhasil menghasilkan seindah seperti al-quran.
Selain itu berapa ramai pengikut yang benar-benar memusuhi islam akhirnya akur dan mengucapkan kalimah syahadah di hadapan baginda Rasulullah seterusnya menjadi umat yang tebal imannya.Lihat sahaja Saiyidina Omar a.s yang terkenal di zaman sebelum islam dengan sifat kebengisannya akhirnya hatinya terus luluh,lemah dan terpesona dengan ayat al-quran tatkala mendengar bacaan ayat al-quran dari adiknya Fatimah yang telah memilih islam sebagai agamanya.Hal ini bukan hanya berlaku di zaman nabi sahaja tetapi hingga sekarang.Tidak hairanlah islam begitu ramai umatnya walaupun Rasulullah telah lama meninggalkan kita semua.Manakala al-quran tetap menjadi pegangan dan akan terpelihara hingga hari kiamat seperti yang dijanjikan oleh Allah Taala.
Selain itu berapa ramai para pengkaji dan cendikiawan mengakui bahawa semua yang terkandung dalam al-quran mengandungi pelbagai cetusan ilmu yang hebat dan kadang-kadang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia kecuali orang yang mengkajinya dan banyak berfikir seperti yang selalu di sebutkan dalam al-quran.Malangnya..kebanyakannya umat islam hari ini bukan setakat tidak mengerti maksudnya malahan semakin melupakan al-quran hingga menjadikan mereka mundur dalam kekufuran pula.
Hebatnya al-quran bukan dari sudut keilmuannya sahaja tetapi sifatnya yang bercirikan sebagai penawar juga tidak perlu dipertikaikan lagi.Mendengar alunan ayat-ayat al-quran yang syahdu mahupun membacanya amat berkesan sebagai penawar hati yang dalam keresahan dan kesengsaraan.Jiwa akan menjadi aman dan berasa tenang yang tidak terhingga walaupun hakikatnya ayat-ayat al-quran telah berulang-ulang kali dibacakan... tidak sedikit pun merasa jemu untuk mendengarnya.Makin dihayati semakin melembutkan hati nurani.
Kemukjizatan al-quran juga boleh dinilai melalui kekuatannya sebagai penawar segala penyakit yang dihidapi manusia.Menanamkan keyakinan terhadap ayat-ayat yang dibaca boleh menyembuhkan ...segalanya dengan izin Allah Taala kerana Allah maha berkuasa ke atas sesuatu pun.Yang pasti melalui amalan yang istiqamah seperti bacaan doa mahupun zikir dalam kehidupan seharian telah meningkatkan kekuatan spiritual yang tinggi dalam diri pengamalnya.Seterusnya dapat mengikis penyakit hati yang mazmumah.
Sesungguhnya terlalu banyak keistimewaan al-quran ini.Berkaitan soal pahala terlalu pemurahnya Allah Taala kepada kita dimana ganjaran pahala dinilai bagi setiap huruf yang kita baca akan mendapat ganjaran pahala yang berganda-ganda.Namun di zaman ini makin ramainya umat islam hari ini semakin melupakan al-quran kerana sibuk mengejar kemewahan dunia.Berapa ramai manusia yang masih sempat mengaji al-quran dalam kehidupan seharian mereka?Yang masih istiqamah dalam pembacaan al-Quran amatlah mulia usaha mereka.Yang menyedihkan sekali..khususnya bagi saya yang terlibat dalam mendidik para pelajar...makin ramainya para pelajar kita yang semakin buta al-quran.Jika diselidiki kebanyakannya para ibu bapa mereka tidak mengambil berat soal ini apatah lagi soal solat mereka.Sayang sekali,pelajar inilah yang merupakan generasi mendatang....
Melalui penghayatan al-quran inilah yang mendorong mereka ke arah agama.Seterusnya mengamalkan cara hidup islam yang diamanahkan oleh Allah kepada kita semua.Melalui pengamatan saya...kealpaan mereka dalam hal ini telah mencetuskan pelbagai konflik dan berlaku macam-macam penyakit dalam masyarakat khususnya umat islam itu sendiri.Tidak hairan umat islam boleh berkelakuan sumbang,boleh melakukan jenayah...yang berat lagi...hendak keluar dari agama islam atau murtad.Ya Allah Ya Tuhanku...kau lindungilah ahli keluargaku dari semua ini...Biarlah anak-anak aku sentiasa dibawah keredhaanmu dan lorongkanlah hati anak-anakku supaya menjadi orang yang terpilih dalam hidayahmu..Aminnn.

Thursday, January 14, 2010
Cara buat KEK BIRTHDAY sendiri.JOM layan..
Rasanya saya ni tergolong antara yang minat buat kek dan makan kek..masak2 lauk pauk tu suka jugak la...makan kat luar pun kerap juga...mana tak pokai selalu...tapi saya dapat resepi ni dari rakan sekolah la...jiran pun...zahlila ..ada yang kenal ke...dia pun peminat buat kek jugak.Tapi...hasilnya...tengok kat gambar....nilailah sendiri.
Bahan2
150 gm tepung superfine(tpg gandum boleh gak)
150 gm gula(nak kurang manis kurangkan lah)
1 sd bsr ovallete
1 sd bsr baking powder(double action b/powder lag gebu)
5 biji telur
pukul sampai kembang betul pastu...
80 gm air masukkan dlm....pukul lagi kembang2 lagi dan lagi
80 gm minyak masak masuk.....pukul sebati...siap boleh bakar...45 minit ke 50 min...asalkan cucuk tgh dah masak ok...
....resepi ni macam2 boleh jadi...nak vanila ke,strawberry ke..pandan ke letak je perasa bluekey tu...kalau nak jadi kek coklat pulak....kurangkan tpg campur dgn serbuk koko asalkan tetap150 gm tepung.
....nak jadi kek marble pun boleh....bahagikan adunan letak le pewarna...baru keluar oven je...anak2 potong dah habis...maklum le ramai...
...nak layer kek berlainan warna...senang je....bahagikan adunan menjadi dua letakkan warna dan perasa kacau sebati....bakar.Masa buat tu...takut juga yang separuh tu jadi..maklumle oven kecik bakar satu2.dah masak baru bakar lagi yang separuh...tip...pukul lagi adunan yg tinggal baru masuk acuan.Bila dah masak...terbalikkan kek seketika elak kek mendap.
...Ringkasnya kek ni dah selalu cuba...memang best dan x lama buatnye..cuma bab meletak topping dengan krim baru first time mencuba...hasilnya....kata suami apa bezanya kek beli dengan wat sendiri...ada beza...yang beli kat kedai keknya...kadang2 rasanya macam dah lama...apa2 pun try la wat...berbaloi..
Bahan2 krim icing
150 gm butter
250 gm shortening...jika lebih... krim lagi putih....kalau pakai krimwell lagi senang..Bukan apa..kita masak ni kadang2 apa2 sahaja yang senang didapati x yah gi kedai kek sebab shortening ni kat pasaraya dan kedai runcit pun jual kan...maka pukul sampai berkrim ringan baru le masuk cairan gula.
300 gm masak dengan air(sedikit aje) asalkan larut,pekat...jgn jadi gula hangus sudah la...biarkan sejuk...nak elak air gula kita keras letak perahan limau nipis.tapi jgn cair...nanti icing lembik sgt tak boleh deco pulak.suka manis tambahkan gula lagi.
Sebenarnya tak nak masak gula tu pun boleh...tp kena blender dan ayak..pukul dengan 2 bhn diatas sampai berkrim takde bayang gula pun...malas punya pasal x halus sgt...bila masa nak deco tu...kdg2 gula tu tersangkut dekat piping tu....macam biskut samprit la...
Jom TRY masak KEK COKLAT KUKUS
Hari ini rasa malas pulak nak menulis...tapi sekadar ingin berkongsi.. Sebenarnya resepi ni search kat internet gak..tp hasilnya memang best la.sesiapa yang ingin mencuba kepakaran diri sendiri apa salahnya.sekurang-kurangnya dapatlah tunjuk hebat depan anak-anak.Tak salah kan...
Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cawan minyak masak je..
1 cawan gula
1 cwn susu cair....x de.. air biasa pun ok
.....masuk dlm periuk masak sekejap agak2 gula & koko sebati larut.tutup api.biarkan sejuk.
11/4 cwn tpg gandum
1 sd teh soda bikarbonat
1 sd besar baking powder
....rajin ayak le 3x biar ringan tepungnye.
3 biji telur pukul smpai kembang....barulah campur dgn cairan coklat dan tepung berselang seli hingga sebati...pkai mixer je.Masuk dlm acuan...kukus 1 1/2jam.cucuk tgh kek dgn lidi x melekat dh masak la tu.
Kelebihan kek ini ianya lebih moist..anak2 suka sangat...walaupun sebenarnya saya suka kek kukus versi zaima...nak tahu klik je la kek kukus zaima.Pasal topping agak2 je biasanya kalau guna serbuk koko,sedikit butter @minyak dgn susu pekat(byk sikit x yah letak gula lagi) dah sedap dah cuma nak pekatkan topping tu guna la tepung jagung lebih sikit...barulah cute kek tu...bab mendeco tu tangan kaku....ma.apa lagi cuba la...
Tuesday, January 12, 2010
KEMANAKAH HILANGNYA NILAI KEMANUSIAAN......
Setiap kali membaca di dada akhbar dan mendengar berita-berita terkini sudah pastinya kes-kes jenayah menjadi tajuk utama.Perlakuan jenayah ragut,kecurian,rompakan,pembunuhan mahupun rasuah dan pecah amanah sudah tidak asing lagi di zaman ini.Hinggakan jika berlakunya kejadian ragut dihadapan mata pun,masing-masing lebih baik mendiamkan diri dari nyawa melayang dengan percuma.
Apa yang sudah terjadi dengan masyarakat kita...Jika diamati rata-rata kes-kes jenayah itu dilakukan oleh masyarakat melayu yang beragama islam.Kemanakah hilangnya didikan agama mereka.Masih tidak mencukupikah dasar pendidikan negara hingga kepincangan masyarakat masih terus berleluasa berlaku.Jika mengaitkan faktor kecetekan ilmu kebanyakan jenayah-jenayah yang terjadi juga melibatkan individu yang berpendidikan tinggi.
Dalam konteks ini, saya berpendapat islam telah menggariskan semua perkara dengan sempurna.Ini jelas termaktub dalam al-quran mahupun hadis.Islam juga bukan bersifat jumud dan beku bahkan ianya sesuai diamalkan untuk semua masyarat tanpa mengira kaum atau bangsa. Cuma masyarakat kini lebih mengutamakan urusan duniawi hingga memandang ringan berkaitan soal ketuhanan dan kerohanian.Mereka telah melupakan fitrah iaitu naluri beragama hingga mencetuskan penyakit dalam masyarakat hari ini.Semua agama di dunia mengajar umatnya menjadi orang yang baik.Namun apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
Sewajarnya umat islam kembali berpijak dibumi yang nyata,jadikanlah amalan tradisi(taasub islam) yang dianggap oleh sesetengah orang dijadikan panduan dan penyuluh hidup mereka.Islam hanya pada nama tidak dapat membentuk kualiti diri.Teras kepada umat yang mantap dan kuat adalah lahir dari amalan cara hidup islam seperti yang ditonjolkan oleh nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat terdahulu.
Yang paling utama,penerapan cara hidup islam yang sebaik-baiknya adalah bermula dari rumah atau keluarga.Peranan ibubapa dalam memberikan pendedahan tentang islam yang secukupnya amat penting.Iklim ini sangat mempengaruhi jiwa anak-anak seterusnya mendidik mereka ke jalan yang lurus.Namun apa yang berlaku institusi keluarga yang semakin longgar mengakibatkan anak-anak hilang pedoman seterusnya mendorong mereka terjerumus kekancah kebatilan.
Apa yang pasti,jika para ibubapa berjaya menerapkan pendidikan khususnya amalan cara hidup islam sudah pasti jiwa anak-anak suci dari perkara yang menyimpang dengan syariat.Namun dalam hal ini,Allah telah mengurniakan akal fikiran kepada setiap manusia supaya dapat memberikan pertimbangan secara waras dan matang.Kurniaan akal yang sentiasa diasah dengan pertimbangan agama akan menentukan tindakan yang positif dan penuh nilai terpuji.Yang membimbangkan semakin terhakisnya sifat-sifat kemanusiaan yang melanda masyarakat hari ini, kesan kejahilan dalam agama.Dalam agama islam,selagi manusia hidup di dunia ini,mereka masih terikat dengan amanah dirinya kepada Allah,amanah dirinya dengan manusia dan terhadap makhluk yang lain.Wallahu alam.
Monday, January 11, 2010
KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU
Ilmu adalah suatu perkara yang perlu dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan manusia.Malahan dalam islam menuntut ilmu adalah wajib hukumnya.Bukan sahaja ditekankan dalam al-quran,hadis tetapi banyak kata-kata perumpamaan atau peribahasa yang membicarakan kepentingan ilmu ini.Tanpa ilmu manusia akan hidup dalam keadaan kejahilan dan dibelenggu kemunduran.Oleh sebab itu,sewajarnya semua manusia khususnya umat islam tidak melepaskan peluang untuk menuntut ilmu baik ilmu akhirat mahupun ilmu keduniaan.Buktinya amat jelas, penguasaan dalam sesuatu bidang ilmu secara mendalam membawa manusia mencapai arus kemajuan samada dalam aspek pembangunan,infrastruktur,pendidikan,kualiti hidup dan sebagainya.Selain itu ilmu juga telah banyak membantu corak pemikiran manusia hingga mencetuskan tamadun dan peradaban manusia.
Ilmu seperti yang diceritakan dalam al-quran,adalah sangat luas dan tiada akhirnya.Ianya ibarat seekor burung yang minum menggunakan paruhnya adalah cebisan ilmu yang dipelajari,sedangkan lautan yang luas itu diumpamakan ilmu yang masih belum dipelajari.Walaupun demikian,harus diingat setinggi mana taraf ilmu seseorang manusia jika tiada pegangan agama dalam diirinya.Masih tidak dianggap mulia disisi Allah.Ini kerana Allah meletakkan aspek keimanan sebagai tali pengukur bagi menentukan segalanya. Di zaman jahiliyah mereka telah mencipta ketamadunan tetapi jahil dari sudut akidah dan kerohaniaan.Justeru itu,hendaklah semua umat islam menyedari bahawa ilmu itu suatu kemestian dan hendaklah dihiasi dengan agama supaya natijahnya akan melahirkan umat islam yang mantap dan terbilang.
Realitinya kebanyakan masyarakat kini mengetahui tentang kepentingan ilmu.Namun tahap kesedaran mereka masih menjadi persoalan.Apa yang dikesali kesan dari dasar penjajah telah mempengaruhi corak pemikiran masyarakat khususnya umat islam.Ramai umat islam telah terleka dengan kemajuan hingga kurang memberikan penekanan dalam aspek ilmu kerohanian seperti kewajipan menunaikan solat fardhu, belajar agama dan mengaji al-quran dalam keluarga mereka.Kelihatan para ibu bapa, terus menerus memberikan penekanan dalam ilmu akademik tanpa diseimbangkan dengan ilmu agama telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat.Contohnya isu kebejatan moral yang semakin meruncing dikalangan pelajar amatlah menakutkan.Ringkasnya,walaupun dilihat masyarakat kini mempunyai ketinggian ilmu namun masih ditahap rendah dari sudut moral dan sifat kemanusiaannya.
Sudah sampai masanya,masyarakat memikirkan bahawa agama adalah landasan manusia untuk mencapai kesempurnaan dalam hidup.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin asalkan agama tidak diketepikan.Semoga hidup lebih teratur dan dirahmati Allah.
Friday, January 8, 2010
Assalamualaikum...kepada semua.Semoga apa apa sahaja paparan di dalam blog ini akan dapat memberikan manfaat dan dijadikan sebagai sumber perkongsian ilmu.Mungkin dengan cara menulis blog ini akan mendorong saya supaya membudayakan amalan membaca.Seterusnya dapat mendidik diri supaya lebih cintakan ilmu.Tambahan pula sebagai pendidik khususnya sebagai ustazah,al maklumlah kadang-kadang terasa kerdil juga diri ini dengan ilmu yang sedikit.Harapan saya,dengan coretan blog ini dapat memberikan kebaikan dan faedah baik pada diri saya dan semua yang mengunjungi blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)