Assalamualaikum...kepada semua.Semoga apa apa sahaja paparan di dalam blog ini akan dapat memberikan manfaat dan dijadikan sebagai sumber perkongsian ilmu.Mungkin dengan cara menulis blog ini akan mendorong saya supaya membudayakan amalan membaca.Seterusnya dapat mendidik diri supaya lebih cintakan ilmu.Tambahan pula sebagai pendidik khususnya sebagai ustazah,al maklumlah kadang-kadang terasa kerdil juga diri ini dengan ilmu yang sedikit.Harapan saya,dengan coretan blog ini dapat memberikan kebaikan dan faedah baik pada diri saya dan semua yang mengunjungi blog ini.

Thursday, January 14, 2010

Jom TRY masak KEK COKLAT KUKUS

Hari ini rasa malas pulak nak menulis...tapi  sekadar ingin berkongsi.. Sebenarnya resepi ni search kat internet gak..tp hasilnya memang best la.sesiapa yang ingin mencuba kepakaran diri sendiri apa salahnya.sekurang-kurangnya dapatlah tunjuk hebat depan anak-anak.Tak salah kan...

Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cawan minyak masak je..
1 cawan gula
1 cwn susu cair....x de.. air biasa pun ok
.....masuk dlm periuk masak sekejap agak2 gula & koko sebati larut.tutup api.biarkan sejuk.

11/4 cwn tpg gandum
1 sd teh soda bikarbonat
1 sd besar baking powder
....rajin ayak le 3x biar ringan tepungnye.

3 biji telur pukul smpai kembang....barulah campur dgn cairan coklat dan tepung berselang seli hingga sebati...pkai mixer je.Masuk dlm acuan...kukus 1 1/2jam.cucuk tgh kek dgn lidi x melekat dh masak la tu.


Kelebihan kek ini ianya lebih moist..anak2 suka sangat...walaupun sebenarnya saya suka kek kukus versi zaima...nak tahu klik je la kek kukus zaima.Pasal topping agak2 je biasanya kalau guna serbuk koko,sedikit butter @minyak dgn susu pekat(byk sikit x yah letak gula lagi) dah sedap dah cuma nak pekatkan topping tu guna la tepung jagung lebih sikit...barulah cute kek tu...bab mendeco tu tangan kaku....ma.apa lagi cuba la...


No comments:

Post a Comment