Assalamualaikum...kepada semua.Semoga apa apa sahaja paparan di dalam blog ini akan dapat memberikan manfaat dan dijadikan sebagai sumber perkongsian ilmu.Mungkin dengan cara menulis blog ini akan mendorong saya supaya membudayakan amalan membaca.Seterusnya dapat mendidik diri supaya lebih cintakan ilmu.Tambahan pula sebagai pendidik khususnya sebagai ustazah,al maklumlah kadang-kadang terasa kerdil juga diri ini dengan ilmu yang sedikit.Harapan saya,dengan coretan blog ini dapat memberikan kebaikan dan faedah baik pada diri saya dan semua yang mengunjungi blog ini.

Sunday, January 24, 2010

Mengenali SYAITAN atau IBLIS

Kalimah syaitan berasal dari kalimah arab Syatana yang bermaksud "jauh dari kebenaran dan rahmat Allah'.Syaitan merupakan makhluk yang telah dilaknat Allah  dan semenjak itu ia adalah musuh utama bagi manusia.Syaitan tidak akan jemu,bosan atau putus asa bagi menyesatkan manusia hingga ke akhir zaman dengan menggunakan pelbagai taktik dan strategi yang halus tanpa disedari manusia.Hal ini dijelaskan dalam surah An-nisa:119.

Makhluk syaitan adalah keturunan iblis dan mereka tidak akan mati melainkan bersama-sama dengan iblis(ketika berlaku hari kiamat)dalam kitab Makaidu as-syaitan oleh Taha Abdullah Afifi.Sebenarnya iblis sudah wujud sebelum Allah menjadikan nabi Adam a.s.Pada masa itu,iblis merupakan makhluk Allah yang sangat taat kepada Allah disamping dikurniakan oleh Allah ilmu yang tinggi.Iblis ini digelar Azazil.Azazil mempunyai wajah yang indah dan bercahaya-cahaya.

Selepas Allah menciptakan nabi Adam a.s.Allah telah memerintahkan Azazil dan para malaikat sujud kepada nabi Adam a.s bagi menghormati ciptaannya yang mulia.Namun Azazil enggan menurut perintah dan enggan bersujud.Azazil merasakan dirinya lebih hebat dan lebih mulia dari nabi adam a.s kerana dirinya dijadikan daripada api sedangkan nabi Adam a.s dijadikan daripada tanah.

Lantaran kesombongan  Azazil terhadap nabi Adam,Allah sangat marah kepadanya.Lalu Allah telah menghalaunya keluar dari syurga dan mengubahkan mukanya kepada rupa yang sangat buruk,hodoh lagi menakutkan.Sejak itu Azazil telah digelar sebagai iblis yang membawa maksud suka memberontak atau derhaka.

Selain itu,iblis juga membuat permintaan kepada Allah agar memanjangkan umurnya  sehingga hari kiamat demi menyesatkan seluruh manusia mengikut jejaknya.Ini dapat dijelaskan dalam surah As-Sad:79.Lalu Allah mengizinkannya.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah,iblis telah berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan iaitu:

1.Tsabar- Tugasnya menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang  ditimpa musibah sehingga orang itu sanggup menyalahkan Allah.
2.Dasim - Tugasnya menimbulkan cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai berai.
3.Al-A'war-Tugasnya menghasut manusia berzina.cth; mendorong wanita berpakaian seksi seterusnya mengajak pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga membawa kepada zina.
4.Miswath- Tugasnya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia.Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.
5.Zaknabur-Tugasnya menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia yang berada di pasar atau pusat membeli belah.Kesannya ramai yang menghabiskan masa di sana tanpa tujuan,berdating dan sebagainya.

Selain itu, dalam diri setiap manusia juga mempunyai pendamping dikalangan jin atau syaitan yang dipanggil qarin yang bermaksud teman.Sifat Qarin ini mempunyai fizikal dan perangai  seperti manusia.Ianya akan menjadi peneman manusia khususnya apabila berpaling daripada ajaran Allah.Ini disebut dalam surah az-Zukruf:36.Peranan qarin inilah yang sentiasa mencuri peluang bagi menghasut manusia ke arah jalan kebatilan dan lalai kepada Allah.

Ringkasnya,apabila membincangkan tentang iblis dan syaitan ini,setiap manusia akan diperdaya oleh syaitan tanpa mengira siapa,baik yang kecil mahupun orang dewasa, miskin atau kaya,yang jahil mahupun cerdik pandai hatta orang yang alim ulama pun tidak terlepas dari godaan iblis dan syaitan laknatullah. Iblis cuba  menghasut dan   m emperdaya manusia    dengan pelbagai taktik dan strategi yang sangat halus tanpa disedari oleh seseorang individu itu sendiri.Hingga apabila mereka tersedar mereka telah jauh tersesat dari jalan Allah.Lebih malang lagi ada yang tersesat dan ajal datang menjemput sebelum sempat bertaubat.....naa'uzubillah.

No comments:

Post a Comment