Setiap kali membaca di dada akhbar dan mendengar berita-berita terkini sudah pastinya kes-kes jenayah menjadi tajuk utama.Perlakuan jenayah ragut,kecurian,rompakan,pembunuhan mahupun rasuah dan pecah amanah sudah tidak asing lagi di zaman ini.Hinggakan jika berlakunya kejadian ragut dihadapan mata pun,masing-masing lebih baik mendiamkan diri dari nyawa melayang dengan percuma.
Apa yang sudah terjadi dengan masyarakat kita...Jika diamati rata-rata kes-kes jenayah itu dilakukan oleh masyarakat melayu yang beragama islam.Kemanakah hilangnya didikan agama mereka.Masih tidak mencukupikah dasar pendidikan negara hingga kepincangan masyarakat masih terus berleluasa berlaku.Jika mengaitkan faktor kecetekan ilmu kebanyakan jenayah-jenayah yang terjadi juga melibatkan individu yang berpendidikan tinggi.
Dalam konteks ini, saya berpendapat islam telah menggariskan semua perkara dengan sempurna.Ini jelas termaktub dalam al-quran mahupun hadis.Islam juga bukan bersifat jumud dan beku bahkan ianya sesuai diamalkan untuk semua masyarat tanpa mengira kaum atau bangsa. Cuma masyarakat kini lebih mengutamakan urusan duniawi hingga memandang ringan berkaitan soal ketuhanan dan kerohanian.Mereka telah melupakan fitrah iaitu naluri beragama hingga mencetuskan penyakit dalam masyarakat hari ini.Semua agama di dunia mengajar umatnya menjadi orang yang baik.Namun apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
Sewajarnya umat islam kembali berpijak dibumi yang nyata,jadikanlah amalan tradisi(taasub islam) yang dianggap oleh sesetengah orang dijadikan panduan dan penyuluh hidup mereka.Islam hanya pada nama tidak dapat membentuk kualiti diri.Teras kepada umat yang mantap dan kuat adalah lahir dari amalan cara hidup islam seperti yang ditonjolkan oleh nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat terdahulu.
Yang paling utama,penerapan cara hidup islam yang sebaik-baiknya adalah bermula dari rumah atau keluarga.Peranan ibubapa dalam memberikan pendedahan tentang islam yang secukupnya amat penting.Iklim ini sangat mempengaruhi jiwa anak-anak seterusnya mendidik mereka ke jalan yang lurus.Namun apa yang berlaku institusi keluarga yang semakin longgar mengakibatkan anak-anak hilang pedoman seterusnya mendorong mereka terjerumus kekancah kebatilan.
Apa yang pasti,jika para ibubapa berjaya menerapkan pendidikan khususnya amalan cara hidup islam sudah pasti jiwa anak-anak suci dari perkara yang menyimpang dengan syariat.Namun dalam hal ini,Allah telah mengurniakan akal fikiran kepada setiap manusia supaya dapat memberikan pertimbangan secara waras dan matang.Kurniaan akal yang sentiasa diasah dengan pertimbangan agama akan menentukan tindakan yang positif dan penuh nilai terpuji.Yang membimbangkan semakin terhakisnya sifat-sifat kemanusiaan yang melanda masyarakat hari ini, kesan kejahilan dalam agama.Dalam agama islam,selagi manusia hidup di dunia ini,mereka masih terikat dengan amanah dirinya kepada Allah,amanah dirinya dengan manusia dan terhadap makhluk yang lain.Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment