Al-quran merupakan warisan nabi Muhammad s.a.w kepada semua umat islam di atas muka bumi ini.Setiap umat islam wajib beriman, meyakini segala isi kandungannya dan mengamalkannya.Keistimewaan al-quran tiada tolok bandingannya kerana ianya suatu mukjizat dari Allah.Bukan cetusan nabi Muhammad seperti dakwaan musuh-musuh islam.
Kemukjizatan al-quran dapat dibuktikan melalui sifatnya yang boleh melemahkan sesuatu.Kehebatan ayat-ayat al-quran telah menundukkan kebongkakkan orang-orang jahiliah dahulu yang terlalu taksub dengan nukilan syair-syair mereka.Mereka telah mencuba meniru gaya bahasa ayat-ayat al-quran namun ianya tidak berhasil menghasilkan seindah seperti al-quran.
Selain itu berapa ramai pengikut yang benar-benar memusuhi islam akhirnya akur dan mengucapkan kalimah syahadah di hadapan baginda Rasulullah seterusnya menjadi umat yang tebal imannya.Lihat sahaja Saiyidina Omar a.s yang terkenal di zaman sebelum islam dengan sifat kebengisannya akhirnya hatinya terus luluh,lemah dan terpesona dengan ayat al-quran tatkala mendengar bacaan ayat al-quran dari adiknya Fatimah yang telah memilih islam sebagai agamanya.Hal ini bukan hanya berlaku di zaman nabi sahaja tetapi hingga sekarang.Tidak hairanlah islam begitu ramai umatnya walaupun Rasulullah telah lama meninggalkan kita semua.Manakala al-quran tetap menjadi pegangan dan akan terpelihara hingga hari kiamat seperti yang dijanjikan oleh Allah Taala.
Selain itu berapa ramai para pengkaji dan cendikiawan mengakui bahawa semua yang terkandung dalam al-quran mengandungi pelbagai cetusan ilmu yang hebat dan kadang-kadang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia kecuali orang yang mengkajinya dan banyak berfikir seperti yang selalu di sebutkan dalam al-quran.Malangnya..kebanyakannya umat islam hari ini bukan setakat tidak mengerti maksudnya malahan semakin melupakan al-quran hingga menjadikan mereka mundur dalam kekufuran pula.
Hebatnya al-quran bukan dari sudut keilmuannya sahaja tetapi sifatnya yang bercirikan sebagai penawar juga tidak perlu dipertikaikan lagi.Mendengar alunan ayat-ayat al-quran yang syahdu mahupun membacanya amat berkesan sebagai penawar hati yang dalam keresahan dan kesengsaraan.Jiwa akan menjadi aman dan berasa tenang yang tidak terhingga walaupun hakikatnya ayat-ayat al-quran telah berulang-ulang kali dibacakan... tidak sedikit pun merasa jemu untuk mendengarnya.Makin dihayati semakin melembutkan hati nurani.
Kemukjizatan al-quran juga boleh dinilai melalui kekuatannya sebagai penawar segala penyakit yang dihidapi manusia.Menanamkan keyakinan terhadap ayat-ayat yang dibaca boleh menyembuhkan ...segalanya dengan izin Allah Taala kerana Allah maha berkuasa ke atas sesuatu pun.Yang pasti melalui amalan yang istiqamah seperti bacaan doa mahupun zikir dalam kehidupan seharian telah meningkatkan kekuatan spiritual yang tinggi dalam diri pengamalnya.Seterusnya dapat mengikis penyakit hati yang mazmumah.
Sesungguhnya terlalu banyak keistimewaan al-quran ini.Berkaitan soal pahala terlalu pemurahnya Allah Taala kepada kita dimana ganjaran pahala dinilai bagi setiap huruf yang kita baca akan mendapat ganjaran pahala yang berganda-ganda.Namun di zaman ini makin ramainya umat islam hari ini semakin melupakan al-quran kerana sibuk mengejar kemewahan dunia.Berapa ramai manusia yang masih sempat mengaji al-quran dalam kehidupan seharian mereka?Yang masih istiqamah dalam pembacaan al-Quran amatlah mulia usaha mereka.Yang menyedihkan sekali..khususnya bagi saya yang terlibat dalam mendidik para pelajar...makin ramainya para pelajar kita yang semakin buta al-quran.Jika diselidiki kebanyakannya para ibu bapa mereka tidak mengambil berat soal ini apatah lagi soal solat mereka.Sayang sekali,pelajar inilah yang merupakan generasi mendatang....
Melalui penghayatan al-quran inilah yang mendorong mereka ke arah agama.Seterusnya mengamalkan cara hidup islam yang diamanahkan oleh Allah kepada kita semua.Melalui pengamatan saya...kealpaan mereka dalam hal ini telah mencetuskan pelbagai konflik dan berlaku macam-macam penyakit dalam masyarakat khususnya umat islam itu sendiri.Tidak hairan umat islam boleh berkelakuan sumbang,boleh melakukan jenayah...yang berat lagi...hendak keluar dari agama islam atau murtad.Ya Allah Ya Tuhanku...kau lindungilah ahli keluargaku dari semua ini...Biarlah anak-anak aku sentiasa dibawah keredhaanmu dan lorongkanlah hati anak-anakku supaya menjadi orang yang terpilih dalam hidayahmu..Aminnn.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment